Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4740

Pulau Pasir Kunak

$
0
0

Ketika kami tiba di Pulau Pasir (guide kami sebut Pulau Pasir Berdengung), air laut sudah mula pasang. Sayang sekali kerana ketika air surut akan kelihatan dengan jelas Pulau Pasir yang timbul memutih! Sekarang air laut dari sebelah kiri dan kanan sedang menerjah Pulau Pasir!

Pulau Pasir nampak sejalur di permukaan laut.


Untuk jejakkan kami ke Pulau Pasir perlu berhati-hati kerana di sekitarnya sedang menunggu landak laut atau bulu babi dengan bulunya yang tajam berbisa.


Landak laut (bulu babi) atau dalam bahasa tempatan disebut tayyum.


Apabila tercucuk duri landak laut, durinya yeng berbisa seakan meninggalkan racun di tempat tusukan. Ikut tradisinya, kononnya untuk kurangkan bisa harus disiram dengan air kencing. Air kencing orang ya, bukannya air kencing landak laut. Itu menurut pengalaman penduduk tempatanlah, bukannya Amie saja suka-suka cerita.

Nak pegang landak laut pun kena ada caranya. Amie tak pernah pegang. Takut tercucuk durinya. Isi landak laut ini boleh dimakan, tapi Amie belum pernah cuba. 

Gambar dari entri lama sewaktu Amie ke Pulau Sakar.


Sementara Pulau Pasir ditenggelami air laut beberapa minit lagi, sempatlah kami jalan-jalan di situ sambil bergambar.





Memang seronok duduk santai diterjah air laut dari kiri dan kanan!



Sekarang air pasang sudah mula menutupi Pulau Pasir!

 
Terpaksalah kami cepat-cepat ambil gambar dan bergegas masuk ke dalam bot.




Tiba-tiba Maidah terjun berenang diikuti dengan Misa!
Nampak seperti tidak puas mandi-manda dan bermain air d atas pasir yang putih bersih!


Dengan rasa berat hati kami terpaksa tinggalkan Pulau Pasir dan beredar dari situ.
Bot membawa kami menuju ke sangkar ikan milik Encik Sherhan.


Di rumah sangkar ikan, kami dihidangkan nasi kuning dan minuman. Rasa sangat nyaman menikmati hidangan tengahari sambil melihat pemandangan laut yang luas terbentang.


Antara ikan dalam sangkar di sini ialah ikan kerapu.
Amie terlihat Encik Serhan membalik-balikkan ikan kering yang sedang dijemur.  Amie tanya berapa harganya sebab berasa ingin membelinya. Menurut Encik Serhan, beliau tidak jual ikan kering tersebut.
Sewaktu kami berangkat untuk pulang, Encik Serhan bertanya:
"Mahukah ikan kering itu? Sebenarnya belum berapa kering sebab baru dijemur pagi tadi. Biasanya akan kering kalau dijemur cukup sehari."
"Sudah tentu saya mahu," kita jawab sungguh-sungguh.
"Ambil sajalah, saya bagi. Tak perlu bayar sebab saya tak jual. Ikan kering ini hanya untuk makan sendiri," katanya.


Amie hanya ingin ambil seekor, tetapi Encik Sherhan masukkan seekor ikan kerapu bersaiz besar, dan 8 ekor ikan sulig (ikan Jepun) ke dalam plastik hitam. Terima kasih banyak Encik Serhan! Moga tambah rezeki dan dapat ramai pelanggan datang untuk melawat pulau-pulau di sekitar Kunak.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4740