Cerita minggu lepas, hari Jumaat malam Sabtu bersamaan 3 Disember 2021.
Acara : Makan malam sempena persaraan kakak ipar.
Tempat : Lahad Datu Ocean Seafood Restaurat.
Masa: 7:00 - 8:30 malam.
![]()
Kakak ipar kita bersara wajib pada Oktober 2020. Hasrat hatinya ingin belanja adik-beradik dan ipar-ipar makan malam, tetapi tarikh dan tempat makan asyik tertangguh disebabkan PKP. Cadangan tempat luar dari Lahad Datu seperti Tawau, Sandakan atau Kota Kinabalu. Akhirnya setahun telah berlalu dan diputuskan makan malam di dalam daerah sahaja.
Kakak ipar pilih Lahad Datu Ocean Seafood Restaurat yang terletak di atas laut tetapi bersambung dengan tepi pantai. Walaupun hanya untuk adik-beradik dan pasangan masing-masing tetapi cucu-cucunya pun ada yang ikut juga.
![]() |
Semua menu adalah pilihan kakak ipar dan ditempah lebih awal sebelum kami tiba. |
Cucu-cucu duduk di hujung restaurant bersama ibu masing-masing. Firdaus pun termasuk di situ juga!
![]() |
Kakak ipar pakai tudung kuning, diapit oleh Encik Suami dan abang ipar kita. |
Hidangan pembuka selera kami pada malam itu ialah sup perut ikan.
Memang sedaplah sup perut ikan ini, apalagi apabila ditambah bawang putih cincang dan hirisan cili padi.
Antara lauk-pauk pilihan kakak ipar malam itu ialah Kailan Goreng Dua Rasa. Amie ssangka kerabu kacang botol! Rupanya sayur baby kailan dihiris halus sebelum digoreng.
![]() |
Kerapu Kukus Nyonya Style |
![]() |
Udang Kukus Halia |
![]() |
Sayur Brokoli & Cendawan Sos Tiram |
![]() |
Ikan Kerapu Kukus |
![]() |
Kepah |
![]() |
Sotong Salut Tepung |
![]() |
Peria Goreng Telur Masin |
Yang ini paling menjadi rebutan. Walaupun peria, tetapi langsung tidak ada rasa pahit! Rangup pula rasanya.
Selamat bersara kakak ipar! Moga sentiasa sihat dan gembira bersama anak menantu dan cucu-cucu. Terima kasih belanja kami makan malam!