Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4743

Jom Sarapan Kuih Kocong Daun Pandan

$
0
0

Beberapa hari lepas , sewaktu buka freezer untuk keluarkan daging ayam tiba-tiba terbau aroma pandan. Rupanya Encik Suami masukkan sebungkus besar kuih kocong frozen. Katanya, anak buah beli dari Kota Kinabalu. Kalau nak makan, hanya perlu kukus sahaja. Oleh kerana jumlahnya agak banyak untuk sekali makan, jadi Amie bahagi dua. Separuh Amie kukus untuk sarapan pagi dan separuh lagi  keesokan harinya Amie kukus untuk minum petang.

Istimewanya kuih kocong ini dibungkus dengan daun pandan. Biasanya kalau kami beli, kuih kocong dibungkus dengan daun buluh dan saiznya agak besar. Kuih kocong daun pandan ini pula lebih kecil dan sangat comel pula ditambah dengan harum wangi daun pandan!

 

Kuih kocong daun pandan yang dikeluarkan dari freezer. Tak perlu nyahbeku sebelum dikukus. Terus sahaja masukkan dalam periuk pengukus. Amie kukus selama 20 minit.


Kuih kocong daun pandan selepas dikukus.



Kemas sungguh ikatannya.


Kuih kocong yang kecil comel.

Kuih kocong daun pandan berisi inti kacang tanah, rasa manis dan pedas.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4743


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>