Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4750

Terima Kasih Kiriman Buku Daripada Blogger Paridah Ishak

$
0
0

Sekembalinya dari jalan-jalan selama 10 hari, jiran sebelah rumah hulurkan bungkusan. Alhamdulillah. Kiriman dari BLOGGER PARIDAH ISHAK telah sampai dengan selamatnya. Rasa terharu sangat sebab ini merupakan kiriman kali kedua (kiriman pertama hilang tanpa berita). Terima kasih yang tidak terhingga atas usaha gigih dan keikhlasan Kak PI memastikan kiriman kali kedua ini sampai ke tangan Amie. 

Kak PI kirimkan enam buah buku pelbagai kategori, tiga buah untuk Amie dan tiga buah lagi untuk Firdaus. Firdaus suka sangat dapat kiriman buku-buku tersebut dan sebaik bungkusan buku dibuka, Firdaus terus baca.

Merawat Gundah Bangsa : Warkah Buatmu Malaysiaku
Editor Perunding : Mohamed Nasser Mohamed
Penyelenggara: Lim Swee Tin, Ishak Hamzah & Rozan Azen Mat Rasip

Buku Merawat Gundah Bangsa : Warkah Buatmu Malaysiaku - tidak sabar rasanya untuk menekuni isinya kerana sebaaik sahaja selak beberapa helai, sudah terpapar patah-patah perkataan yang mengajak kita untuk terus meneroka isi seterusnya. Merawat Gundah Bangsa : Warkah Buatmu Malaysiaku merupakan himpunan 128 warkah yang menyampaikan suara hati, pandangan, impian, iltizam dan harapan rakyat sebuah negera merdeka dan berdaulat. Apa yang diluahkan menerusi warkah ini menuntut kefahaman dan pengertian para pemimpin dengan hati dan minda yang terbuka. 

Kak PI turut menyelitkan sebuah antologi cerpen Topi Jelita hasil karya penulis wanita yang menyerlahkan sudut pandangan wanita terhadap dunia kehidupan. Amie sudah belek-belek dan sempat baca cerpen bertajuk Penjaram Pandam, tulisan Noor Aisyah Maidin dan karya Kak PI berjudul Nasi Pengantin di Pinggan Retak. Ada 23 judul cerpen dalam antologi ini, dan Amie harap dapat membaca kesemuanya dalam masa terdekat sebab nampak macam sangat menarik!

Legasi Abah : Lelaki Adiwira Pertama

Sebuah lagi antologi Legasi  Abah : Lelaki Adiwira Pertama. Ada 35 karya siswa siswi Universiti Inspirasi Kisah Hidup yang terbit di bawah editor pengurusan Sri Diah Shaharuddin dan Zakiah Abd. Ghafar. Ada karya Kak PI : Hijrah & Kasih Sejati. In syaa Allah Amie akan membaca penuh penghayatan keseluruhan kisah hidup ini kerana buku ini sangat istimewa bagi Amie. 

Antologi Cerita Teladan, Puisi & Cepern Kanak-Kanak : Objek Di Sungai Kijang
Antologi Puisi Kanak-Kanak : Mari Berkasih Sayang
Antologi Puisi Kanak-Kanak : Demi Cita-Cita Murni

Antologi Puisi Kanak-Kanak : Demi Cita-Cita Murni

Antologi Demi Cita-Cita Murni mengandungi puisi moden atau sajak, puisi tradisional seperti pantun, syair dan gurindam.

Objek di Sungai Kijang

Antologi Cerita Teladan, Puisi & Cerpen Kanak-Kanak : Objek di Sungai Kijang memuatkan sembilan buah cerita teladan, 16 buah puisi dan empat buah cerpen kanak-kanak berilustrasi.

Antologi Puisi Kanak-Kanak : Mari Berkasih Sayang

Antologi Puisi Kanak-Kanak : Mari Berkasih Sayang menghimpunkan 67 buah puisi kanak-kanak berilustrasi hasil 21 orang penulis ahli grup Facebook Mari Menulis Sastera Kanak-Kanak. 

Di kesempatan keemasan ini Amie ingin ucapkan sekalung tahniah buat Kak PI yang sentiasa konsisten dalam menghasilkan karya. Amie pun ingin mencontohi kegigihan Kak PI. Amie ingin cungkil kembali bakat yang masih berendam di dasar lautan...ahaks!

Salah sebuah karya puisi Melayu tradisional : Pantun Pesanan Untuk Adik hasil tulisan Kak PI.

Firdaus rakamkan penghargaan buat Kak PI dengan membaca pantun Sarapan Pagi dalam antologi Puisi Kanak-Kanak : Mari Berkasih Sayang.

Buat Kak PI nun di sana, sekali lagi Amie ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana mengirim buku-buku untuk kami. Bertambahlah bahan bacaan kami, dan dengan itu bertambah lipatganda hendaknya rezeki buat Kak PI terutamanya rezeki kesihatan, ilham yang sentiasa mengalir untuk berkarya dan rezeki kasih sayang yang berpanjangan dalam kehidupan Kak PI sekeluarga. Amie doakan semoga Kak PI terus konsisten menghasilkan karya kreatif yang berkualiti dan sentiasa berkongsi pengalaman serta perkembangan terkini di dalam blog beliau di sini : PARIDAH ISHAK


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4750


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>