Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4740

Senarai Pemenang Teka Daerah Cuti-Cuti Sabah

$
0
0

Pada 15 Disember 2021 lepas, Amie paparkan entri CUTI-CUTI SABAH, dan Amie tinggalkan pesanan : Kita akan tutup dapur maya ini buat sementara waktu. Sehingga kita bertemu lagi, kawan-kawan bolehlah teka daerah mana kita akan pergi. Jawapannya mestilah daerah-daerah yang belum pernah kita jelajahi sebelum ini. Boleh jawab sehingga 3 daerah. Mana tahu ada satu daerah yang betul? Nanti kita cari oleh-oleh dari daerah-daerah itu. Sesiapa yang dapat meneka dengan tepat, sudah tentu akan dapat hadiahnya.

Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang sudi singgah sewaktu dapur ditutup buat sementara waktu, dan terima kasih sekali lagi kerana ada di antaranya yang cuba teka daerah yang belum pernah kita lawati. 

Tahniah buat yang meneka dengan betul dan terima kasih di atas sokongan rakan-rakan yang cuba menjawab tetapi tidak tepat. Kehadiran kalian memeriahkan entri tersebut sangat dihargai. In syaa Allah di lain kesempatan ada rezekinya pula.


Antara daerah yang Amie jejaki (yang belum pernah jelajahi sebelum ini) ialah:
  • Sipitang
  • Kuala Penyu
  • Beaufort
  • Papar
Mari kita semak senarai pemenang yang berjaya meneka dengan betul. Amie dapati ada lima peneka yang berjaya menjawab sekurang-kurangnya satu daerah yang tepat. Dan ada pula yang jawab tiga daerah dan ketiga-tiganya tepat! Tahniah buat:
Hadiah telah disediakan tetapi Amie tidak dapat mengirimkan dalam masa terdekat. Amie mengambil kira risiko untuk sampai memandangkan negara masih lagi huru-hara akibat banjir yang melanda. Tambahan pula sehari dua ini daerah LD pun hujan tidak berhenti-henti. Amie sendiri sudah dua kali kehilangan bungkusan (macam-macam masalah pengeposan). Jadi, apabila suasana sudah reda, Amie akan poskan hadiah tersebut. 

Sebelum itu Amie mohon para pemenang hantar details masing-masing seperti nama penuh, alamat dan nombor telefon. Hantar maklumat anda ke e-mel salamiez@gmail.com 

Jumpa lagi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4740


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>