Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4733

Pantai Merintaman Sipitang

$
0
0

Selepas menjamu selera dengan pelbagai jenis sate di Gerai Esplanade Sipitang, kami meronda kawasan sekitar dan menuju ke Pantai Merintaman. Oleh kerana tiada perancangan khusus menuju ke satu-satutempat.   Untuk tiba di pantai ini, kami ikut sahaja arahan WAZE dari pekan Sipitang menuju ke Jalan Merintaman.

Encik Suami berehat di dalam kereta untuk melelapkan mata seketika. Firdaus pula teruja untuk bermain pasir di pantai. Aduhai, ketika itu panas terik!  Kita ikutkan sahajalah kemahuan Firdaus. Syukurlah, bawa topi bersama. Bolehlah lindung wajah dari pancaran terik matahari dan hawa laut.


Amie tertarik dengan batu-batuan yang terletak cantik di tepi Pantai Merintaman.


Barangkali disebabkan PKP yang berterusan, kawasan pantai yang indah ini nampak tidak terjaga. Banyak sampah kayu dan daun-daun serta sampah di tepi pantai. Bagaimana pun terdapat juga pengunjung yang bersiar-siar di pantai.

Model Pantai Merintaman



Firdaus leka mengorek pasir. Katanya dalam setiap lubang pasir ada anak ketam. Memang banyaklah anak ketam halus-halus, tetapi apabila kita mendekati anak-anak ketam tadi bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Kata Firdaus, ini lubang ketam halus!





Suka sangat turun ke pantai, sanggup jew jadi model...ahaks!


Di belakang Firdaus, terdapat bongkah batu-batu besar seperti bukit diselimuti pokok-pokok dan semak. Tiba-tiba teirngat ceirta Batu Belah Batu Bertangkup!


Batu-batu besar di bawah rimbunan pokok dan semak ini kelihatan mengajur arah ke pantai.


Bentuk batu-batan di sini agak aneh. Kalau kita ahli geologi tentu kita dapat huraikan serba sedikit tentang bentuk batu-batan di sini.


Melihat batu-batu yang kelihatan sepolah-olah bercerai-berai dari bentuk asal, kita teringat istilah  luluhawa dalam mata pelajaran Geografi yang melibatkan proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan.




Bongkah batu besar ini seolah-olah terbelah dua.

Firdaus boleh keluar masuk melaluinya.


Bongkah-bongah batu ini kelihatan seperrti mulut gua pula.






Nampak unik dan menarik kan?



Firdaus bermain pasir lagi di sini.


Kemudian cuci tangan di dalam air yang bertakung di lopak' dalam batu.


Kalau berkunjung waktu petang sudah tentu dapat menikmati  keindahan suasana matahari terbenam di langit barat.


Marah jugalah Firdaus sebab diajak pulang. Kita yang tak tahan panas sebenarnya. Lagi pun kami belum mencari tempat penginapan di Sipitang. Seronok juga jalan santai-santai sambil melihat suasana daerah Sipitang, sambil cari tempat bermalam. Dapatlah pengalaman 'walk in' hotel.


Firdaus berulang kali meminta kami datang lagi ke Pantai Merintaman sebelum meninggalkan Sipitang.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 4733


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>