Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4733

Bermalam di Pan Borneo Inn Motel Sipitang

$
0
0

Ketika kereta meninggalkan Pantai Merintaman, ketika itu jugalah mula mencari tempat penginapan mengikut papan tanda di tepi jalan. Ada dua motel kami tuju tetapi kami meneruskan pencarian yang ketiga. Kereta masuk ke simpang jalan yang tertulis Pan Borneo Inn.

Pan Borneo Inn ialah sebuah motel. Kami memilih family room dan sangat berpuas hati bermalam di sini. 

Inilah motel kami : 29

                                    

Sebelum masuk ke bilik, kami hilangkan dahaga di kafe.


Tak sabar Firdaus hendak merehatkan diri di bilik.




Harga untuk satu malam ialah RM168.


Malam itu kami tidur lena. Keadaan di persekitaran juga tenang dan nyaman.


Seperti biasa Encik Suamilah yang akan masak air dan membancuh minuman panas.


Setelah check in motel, sudah tentulah rasa lega sangat. Bolehlah meronda kawasan sekitar untuk melihat-lihat kampung dan jalan-jalan cari makan.



Bilik airnya luas dan selesa.



Antara  keistimewaan motel berbanding hotel sudah tentulah ada ruangan letak kereta. Ciri beginilah yang sangat disukai Encik Suami.



Menurut kamus Oxford, motel ialah hotel pinggir jalan yang direka terutamanya untuk pemandu. Motel mempunyai bilik yang diatur di blok rendah dengan tempat letak kereta di luar. Motel adalah campuran kata-kata motor dan hotel. Ia berasal dari perkataan Perancis pada pertengahan abad ke-18.

Pan Borneo Inn Motel terletak di:
Batu Satu, Jalan Sindumin,
Kampung Malintatan, 89857 Sipitang, Sabah.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 4733


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>