Hujan renyai-renyai sepanjang petang di Sipitang tidak menjanjikan cuaca yang terang untuk kami kembali semula ke Pantai Merintaman. Kami pujuk Firdaus untuk beralih arah ke tempat lain. Pusing sana dan pusing sini akhirnya kami kembali semula ke Gerai Esplanade Sipitang yang dipenuhi dengan deretan gerai sate.
Oleh kerana banyak barisan gerai sate, kami pun duduklah di meja yang terletak di tepi laut. Sekurang-kurangnya Firdaus dapat juga melihat deburan ombak memecah pantai sambil menikmati sate.
Kali ini kami dapat menikmati sate dengan ketupat pula.
Kali kedua dalam sehari makan sate di sini kami pesan:
- sate ayam : 5 cucuk
- sate berubut : 5 cucuk
- sate daging : 5 cucuk
- sate kambing -:5 cucuk
Lain gerai, lain pula harganya walaupun jenis sate yang sama. Sebelah pagi, harga sate kambing RM1.60 secucuk. Sebelah petang pula, lain gerai harga secucuk sate kambing RM0.90 pula, tapi harga sate ayam RM1.00 berbanding RM.70 di di gerai makan sebelah pagi. Saiz? Lebih kurang sahaja dengan gerai lain.
Sate Kambing : RM0.90 secucuk. |
Encik Suami makan mi rojak.
Seperti biasa, hidangan mi rojak disusuli dengan semangkuk kecil sup kosong.
Sarung ketupat nasi ini mungkin diperbuat daripada daun kelapa yang sudah tua. Apabila melihat sarung ketupat ini teringat sewaktu berkunjung ke Bukit Tinggi beberapa tahun lalu. Kalau di sana menurut tour guide kami, daun kelapa muda hanya digunakan untuk dibuat kelongsong ketupat pada hari raya. Peniaga sate akan menggunakan daun kelapa tua untuk dijadikan sarung ketupat! Maklumlah semakin hari jumlah pokok kelapa semakin berkurangan. Lainlah kalau sarung ketupat gunakan daun kelapa sawit!
Inilah rupa ketupat sate. Bentuknya rngkas sahaja da tidak banyak bucu seerti ketupat bawang , ketupat jantung dan ketupat sintok.
Firdaus tak sabar nak makan sate.
Memang salah satu tujuan kami datang ke Sipitang ialah untuk merasai sendiri hidangan sate di sini. Jadi, walaupun hujan kami lebih selesa berkunjung ke sini sahaja.
Kononnya ketika senja hampir menjelma kami ingin berada di sini melihat matahari tenggelam. Sayangnya cuaca sepanjang hari sendu dan pilu...uhuk..uhukkk!
Bergambar di tepi laut ... terasa sejuk-sejuk manja!