Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4733

Jalan-Jalan Cari Makan di Sipitang

$
0
0

Masih lagi cerita-cerita sekitar Sipitang. Hujan renyai-renyai entah bila akan berhenti. Kami meneruskan perjalanan ronda-ronda Sipitang. Masuk kampung keluar kampung, meihat gerai-gerai yang ada tulisan ikan bakar dan kerang bakar. Apabila kami dekati, rupanya bukan kerang tetapi lokan bakar.

Kami mencari sebuah restoran yang terkenal dengan makanan laut di tepi pantai. Hampir satu jam Encik Suami memandu ke tempat tersebut. Apabia sampai, kami lihat tempatnya sangat jauh berbeza dengan paparan di dalam FB. Untuk memastikannya, kami bertanya kepada penduduk di situ, dan jawapannya itulah tempat yang kami cari. Lain pula keadaannya, seperti sudah lama ditinggalkan dan tiada orang di situ. Kami hanya melihat kerusi meja dan payung yang bertaburan tidak terurus. Kami tinggalkan tempat makan yang nampak terbiar itu.

Rasa kecewa juga sebab perut mula keroncong tapi tempat yang dituju tidak seperti yang diharapkan. Kami cari tempat lain yang sudah tersenarai sebagai tempat yang akan dikunjungi dan keadaannya sama sahaja, terbiar! Sebuah lagi tempat yang ingin kami singgah iaitu tempat makan cendol. Apabila kami hampirinya tiada apa-apa di situ. Seorang manusia pun tidak kelihatan. Hujan semakin lebat dan hari menjelang senja. Perut semakin rancak bernyanyi-nyanyi!

Kami kembali semula ke Esplanade Sipitang dan meletakkan kereta di situ. Kemudian berjalan-jalan di tepi laut. Akhirnya berhenti di sebuah gerai. Kami putuskan untuk makan malam di situ sebelum pulang ke motel. Ketika menanti makanan yang dipesan, hujan turun tiba-tiba. Kelam-kabutlah empunya gerai memasang payung dan lampu. Suasana jadi gelap dan kami makan dalam samar-samar lampu yang dipasang.

Keropok Lekor


Nasi Goreng Ikan Masin


Nasi Goreng Ayam Penyet


Kentang Goreng Cheese pilihan Firdaus.

Firdaus minta burger tetapi setelah burger sampai ke meja, Firdaus tidak mahu makan kerana sudah kekenyangan makan keropok lekor dan kentang goreng. Kami minta bungkus burger, dan bawa pulang ke motel. Titis-titis hujan terus menimpa bumi Sipitang sepanjang malam!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4733


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>