Selain kotej, di Sabah Tea Garden ada tempat penginapan lain iaitu rumah panjang atau Sabah Tea Longhouses. Teringin juga untuk merasai pengalaman tidur di rumah panjang yang ada disediakan kelambu untuk tidur waktu malam.
Sabah Tea Longhouses. |
Sebelum kita melawat Sabah Tea Longhouses, kita minum teh Sabah dulu.
Teh Sabah nampak pekat kan warnanya?
Hai... Encik Suami nak lari ke mana tu sampai tak boleh minum sambil duduk!
Dah tegur orang minum sambil berdiri, kita kenalah duduk ayu-ayu...bluwwekkk hehehee!
Selamat tinggal Osa Johnson Cottage.
Kami hendak daftar keluar.
Pagi ini Firdaus pakai seluar track bottom saja sebab nak berendam dalam sungai!
Nun di belakang sana, puncak Gunung Kinabalu tersergam megah.
Ambil angin pagi yang segar di ladang teh.
Entah durian siapa dipungutnya!
Encik Suami kata kuat sangat bau durian. Sudah masuk kereta pun bau itu mengikut!
Mari kita berkenalan dengan Sabah Tea Longhouses. Rumah Panjang di sini adalah adaptasi reka bentuk Rumah Panjang Rungus. Hiasan dalamannya di bahagian luar bilik terdiri daripada peralatan tujuh budaya etik Sabah seperti:
- Kadazandusun
- Murut
- Lundayeh
- Lotud
- Melayu Brunei
- Rungus
- Bajau
Pemandangan di bawah rumah panjang.
Laluan ke pintu masuk.
Sudut hadapan rumah panjang.
Beginilah suasana di rumah panjang.
Dindingnya diperbuat dari susunan buluh dan lantainya pula dari nibong.
Peminat budaya tradisional sudah tentu teruja untuk merasai sendiri pengalaman berada di sini.
Tandas terletak di bahagian luar rumah panjang.
Di penghujung rumah panjang tadi, ada sebuah rumah panjang lagi yang bersambung menghala ke Aramai Cafe. Berdasarkan penerangan bergambar yang terletak di dinding, rumah panjang ini diperbuat daripada kulit kayu yang disebut Randogung atau Timbagan dalam bahasa Kadazandusun. Kulit kayu tersebut juga digunakan untuk membuat pakaian. (Pakaian yang Encik Suami pakai di ladang teh).
Kalau di rumah panjang yang sebelumnya, ada lampu gasolin di sini lampu di letak di dalam buluh dan diikat di setiap tiang.
Antara peralatan yang digunakan untuk rutin harian masyarakat tradisional.
Nampaknya bukan sahaja Amie temui kain bercorak yang dijadikan lelangit di lodge Kampung Rampayan tempohari, di sini pun Amie jumpa benda yang sama.
Memang cukup unik!
Dinding diperbuat daripada kulit kayu, lantai daripada nibong, lelangit dihias kain bercorak batik yang cantik!
Ada replika perahu. Mungkin lepa-lepa?
Ada parang siap bersarung!
Teringin kita melihat keadaan di dalam bilik tapi semua berkunci. Kelihatan juga beberapa keluarga bersama anak-anak menginap di sini. Nampaknya memang kena menginap di sinilah kalau ingin melihat dengan mata sendiri keadaan di dalamnya.
Perjalanan sudah hampir ke penghujung.
Dulu tempat ini dijadikan ruang makan. Kami pernah bersarapan di sini.
Sekarang keadaannya lengang. Tiada lagi sarapan disediakan untuk penginap.
Kata Encik Suami, buluh kuning inilah yang digunakan untuk membuat dinding rumah panjang.
Perut pun sudah meronta minta diisi.
Matahari mula bersinar terang.
Jom cuci mata dengan melihat kehijauan di sana sini.
Ladang teh subur dengan daunnya yang merimbun.
Kabus dan awan bergerak perlahan meninggalkan kawasan pergunungan.
Terasa dinginnya suasana walau hanya disaksikan dari kejauhan.
Jom kita singgah Tea House untuk minum pagi walaupun sudah minum teh dan makan biskut di kotej.