Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4750

Sarapan Pagi Ala-Ala Inggeris

$
0
0

Pukul 8:45 pagi kami tinggalkan kawasan kotej dan terus menuju ke Sabah Tea Restaurant. Sarapan pagi kami ala-ala Inggerislah kononnya. Semuanya ada 'teh Sabah' kecuali American Breakfast. Itu pun terselit pucuk daun teh juga!

Sabah Tea Scone Set ini panas dari oven!

Lempeng ini pun rasa teh juga.Itu sebab diberi nama Sabah Tea Pancakes. Kecil comel jew. Gigit dua kali habis sekeping!

Sabah Tea Scone ini sedap sangat bila dimakan dengan jem strawberri dan krim. Kalau dinikmati di kalan senja bersama secawan teh kosong alangkah syahdunya!

Sabah Tea Restaurant terletak bersebelahan dengan teko gergasi. Nun di sebelahnya lagi ada pokok besar. Pokok itulah yang dinaiki Firdaus kelmarin petang.

Badan teko ini sudah dipenuhi dengan 'kunci cinta' para pengunjung! Rasanya tak ada lagi ruang untuk gantung kunci. Pihak Sabah Tea Garden kenalah buat beberapa buah teko lagi.... ahaks!

Jom kita minum teh.
Encik Suami minta seteko kecil Sabah Tea Exotic, rasa pandan.


Apabila dituang ke dalam cawan, aroma pandan semerbak menggoda!


Pekatkan  warna teh Sabah?
Dah balik ke LD pun Encik Suami masih teringat aroma pandan tea exotic tu.



Budak Firdaus ini pagi-pagi lagi sudah minta ais krim. Sabah Tea Ice Creamnya itu pun mengandungi teh hijau.

American Breakfast

Awal-awal lagi dia sudah pesan nak makan American Breakfast.

American Breakfast


Sabah Tea Scone Set

Nampaknya sarapan kami pagi ini semuanya hijau, sehijau daun teh di Ladang Nalapak!

Sabah Tea Waffle dengan madu.

Sabah Tea Pancakes dengan madu juga.



Jom kita sarapan.

 
Bismillah.

 
Makan kenyang-kenyang ye sebab selepas ini kami akan ke Kampung Nalapak pula.


Nampak lainkan warna hijau lempeng ini.




Senanglah hati Firdaus selepas makan sarapannya. 




Sekarang sudah hampir pukul 9:30 pagi. Matahari pun sedang memancar dengan galaknya.
Mari kita tinggalkan tempat ini.


Sebelum itu kami singgah di kedai dahulu, beli lada putih, kain sarung batik corak tempatan dan beberapa jenis cenderahati.


Firdaus hendak melawat kilang teh, tapi kilang tidak beroperasi. 
Hari ini hari Ahad.


Tengok-tengok sajalah dari luar.


Kami jalan-jalan ke atas bukit dan kononnya hendak ajak Firdaus melawat Quailey's  Hill Memorial. Salbiah dari Blog SAL tentu suka tempat begini sebab ia merupakan satu kesan tinggalan zaman kolonial. Peristiwa menyedihkan telah berlaku dan tercatat dalam peristiwa Perjalanan Maut Sandakan Ranau. Boleh baca di sini:

Kami pun menapak ke bahagian atas.


Ketika hampir mendekati tapak Quailey's Hill Memorial, terserempk pula dengan beberapa ekor anjing di situ. Mungkin anjing-anjing itu sengaja diletakkan untuk menjaga kawasan pejabat. Oleh kerana anjing-anjing tersebut menggonggong, kami pun berundur ke belakang.


Eh, malaslah nak berkelahi dengan anjing. Baik beredar dari sini saja.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4750