Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4751

Nasi Lemak Rendang Oma

$
0
0

Setelah membeli apa yang patut, kami pun meninggalkan Suria Sabah Shopping Mall. Keluar dari kereta, terhidu aroma yang sangat menggoda selera! Bau masakan berempah yang lembut tapi semerbak menerpa lubang hidung. Di sebelah kiri tempat letak kereta dan berada di bahagian bawah Zara's Boutique Hotel, terpampang papan tanda Nasi Lemak Rendang Oma dan Tuk Tuk Tomyam.  Haa... pasti aroma itu datangnya dari Restoran Nasi Lemak Rendang Oma.Wah, sudah hampir pukul 9 malam, masih ada nasi lemak lauk rendangkah?

Jom kita terjah masuk.
         

Encik Suami pun seperti berminat untuk 'sambung' makan di sini. Jadi kami memesan Nasi Lemak Sambal Kerang dan Nasi Himpit Rendang Daging. Encik Suami ajak makan di bahagian luar restoran tapi Amie tak mahu. Takut ada nyamuk.... ahaks. Maklumlah tempat makan di bahagian luar agak gelap sedikit. Lebih baik duduk di dalam restoran saja.

Firdaus tak mahu memesan apa-apa makanan. Katanya: Daus mengantuk.

Nasi Lemak Sambal Kerang & Nasi Himpit Rendang Daging.


Nampaknya Firdaus berusaha untuk membuka matanya.


Matanya nampak semakin layu.


Akhirnya budak ini tertidur!


Kami sangat berpuas hati dengan hidangan Nasi Lemak Sambal Kerang dan Nasi Himpit Rendang Daging. Apabila terhidu aroma rendang daging seolah-olah sedang menikmatinya di rumah sendiri. Rasa seperti menyambut hari raya pun ada.

Keesokan paginya kami bersarapan di sini saja. Amie beritahu Encik Suami supaya datang seawal pukul 8 pagi sebaik sahaja restoran dibuka. Bukan apa, malas nak beratur menanti giliran dan kemudian duduk bersesak dengan pelanggan lain. Amie lihat pada waktu malam ramai bahagian luar restoran penuh dengan pelanggan. 
Sebaik sahaja keluar dari Zara's Boutique Hotel kami berjalan beberapa meter dan masuk ikut pintu belakang restoran.


Restoran Nasi Lemak Rendang Oma turut menyediakan pelbagai hidangan lain yang sudah tentunya sedap-sedap juga.


Amie ingin makan di dalam restoran sahaja tetapi Encik Suami ajak makan di bahagian luar. Oleh kerana pada sebelah malamnya sudah makan di dalam restoran, jadi Amie pun turutilah kehendaknya untuk makan di luar pula.


Keadaan restoran yang masih lengang. 
Tidak lama kemudian ramailah pelanggan datang ke sini untuk bersarapan.

Wokey!
Jom kita makan di bahagian hadapan restoran.
Oh ya, restoran ini berkonsepkan layan diri. Jadi kena buat pesaan di kaunter dan tunggu hidangan datang ke meja.


Restoran ini terletak di tepi jalan raya.


Sekali lagi Encik Suami nak makan nasi lemak.
Wah, malam nasi lemak, pagi pun nasi lemak juga!


Kali ini Nasi Lemak Paru Goreng.


Firdaus pun nak makan nasi lemak juga.


Firdaus minta peha ayam goreng.


Kita nak makan kuih-muih.
Comel-comel saiz kuihnya. Seketul RM1.50. Jadi 4 ketul RM6.00.
Nampaknya kuih-muih tradisi Melayu sudah naik sahamnya bila berada di tengah kota raya!

Kuih-muih tradisonal Melayu.

  • Kuih Lenggang @ Kuih Ketayap
  • Bingka Ubi
  • Seri Muka
  • Kuih Lapis

Selain kuih-muih Amie sarapan set kelupis dengan rendang ayam. 


Saiz rendang ayam pun besar. Encik Suami tolong habiskan, makan dengan nasi lemak. Kita pula meratah paru goreng.


Inilah rupa kelupis.
Selain makan dengan rendang, kelupis enak dinikmati dengan kuah kacang dan lauk-pauk lain.


Setelah kenyang menikmati sarapan pagi dan minum kopi, kami kembali semula ke bilik. Hendak keluar sambung shopping pun masih terlalu awal sebab belum ada mall yang dibuka.


Masuk ke restoran ikut pintu belakang, makan di luar pintu depan. Nak keluar ikut pintu belakang semula.


Selepas melewati kawasan tandas, jumpalah pintu keluar dari belakang.

Restoran Nasi Lemak Rendang Oma terletak di:
Lot 7-1, Block D, Ground Floor, Harbour City, Sembulan 88100 
Kota Kinabalu, Sabah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4751


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>