Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4751

Aku, Dia dan Bantal Busuk

$
0
0

Selepas kami bersarapan di Restoran Nasi Lemak Rendang Oma, kami bercadang untuk masuk bilik dan berkemas untuk daftar keluar pada pukul 11:00 pagi. Bolehlah bermalas-malas dahulu sementara menanti waktu. Sudah merancang juga untuk makan tengahari di Restoran Tuk Tuk Tomyam.

Firdaus pula terus capai buku komik pilihannya Aku, Dia dan Bantal Busuk terbitan Keropok Publications Sdn. Bhd. yang dibeli di Suria Sabah Mall semalam.

Duduk di tepi tingkap hotel sambil membaca komik.

                 


Katanya, apabila ternampak buku komik dengan tajuk Aku, Dia dan Bantal Busuk dia rasa bahagia sangat! Apalagi setelah mendapat izin untuk membelinya. Tak sabar dia nak baca tetapi malam tadi dia terlalu penat sampai tertidur di restoran.



Video : Aku, Dia dan Bantal Busuk


Firdaus dengan bantal busuknya berpisah tiada.


Katanya kalau ada sambungan buku komik Aku, Dia dan Bantal Busuk, dia hendak beli lagi.



Bantal busuk, baby busuk, memang busuk, paling busuk, atau apa saja yang kamu panggil bantal busuk bla bla blaa.....


Akhirnya Firdaus tertidur di atas bantal busuknya. Kami kejutkan Firdaus untuk makan tengahari di Tuk Tuk Tomyam yang terletak bersebelahan dengan Restoran Nasi Lemak Rendang Oma. Ketika itu jam menunjukkan angka 11:30 pagi. Sudah terbayang-bayang kuah tom yam dan ikan siakap kukus terhidang di atas meja. Sebaik kami tiba di pintu Restoran Tuk Tuk Tomyam, pelayan restoran memberitahu kami, restoran hanya menerima pelanggan pada pukul 12:00 tengahari!
Kami pun beredar dari situ.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4751


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>