Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4753

Makan Tengahari Masakan Baba Nyonya

$
0
0

Kami tinggalkan Tuk Tuk Tomyam dan menuju ke Jalan Sulaman. Ada dua target yang hendak dicapai di situ iaitu shopping di Jakel Silk House dan mencari langsir tingkap ready made. Selesai shopping, perut pun memang sudah bersedia untuk diisi. Amie beritahu Encik Suami teringin makan masakan baba nyonya. Dengar ceritanya menu baba nyonya mementingkan perincian bahan dan kualiti. Selama ini biasa mengikuti masakan Chef Florence Tan dan hanya mencuba di dapur sendiri. Kali ini hendak cuba pula dari dapur baba nyonya itu sendiri. Ada rezeki balik Malaya nanti hendak pula mencuba masakan baba nyonya di Melaka. Banyak Amie simpan rujukan tempat makanan halal baba nyonya di sana.

Nasi Putih dengan Asam Pedas Ikan Merah



Menunggu pesanan makanan tiba di meja:
  • Minuman : Dragon Fruit, Watermelon Juice & Apple Juice
  • Assam Fish
  • Nyonya Fried Chicken
  • Golden Bitter Gourd
  • Pakis Belacan
  • Dry Assam Prawn
  • French Fries
  • White Rice


Restoran baba nyonya ini letaknya di:
NYONYA STEMBOAT
G826 & G827, Ground Floor,
1 Borneo Haypermall, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 014-655 6926 / 011-1613 1136

Peminat masakan baba nyonya.


Hiasan dalaman Nyonya Steamboat.




3 jenis minuman untuk memenuhi 3 citarasa.

Dragon Fruit
Watermelon Juice
Apple Juice
Assam Fish


Harga 100 gram ikan (ikan merah, siakap & kerapu) ialah RM10.00.
Berat ikan yang ditawarkan bermula dari seberat 800 gram sahaja. Kami pilih ikan merah. Pertama kali menghirup kuahnya memang terpaksa akui Nyonya Assam Fish ini sangat sedap! Isi ikan terasa manis kerana dipilih dari ikan segar. 

Nyonya Fries Chicken


Firdaus meminta Nyonya Fried Chicken. Kami memesan saiz kecil dengan harga RM18.00. Tidaklah banyak, hanya beberapa ketul saja. Kita sempatlah merasa seco'et sebab Firdaus tak mahu kongsi. Dia nak meratah sendiri. Berulangkali dia sebut...mmmm sedap...sedap! Memang sedap.

Dry Assam Prawn


Selalu melihat masakan Dry Assam Prawn dan kali ini betul-betul ada di depan mata. Hanya tinggal nak suap ke mulut sahaja. Saiz kecil ini berharga RM25 dan udangnya pun boleh dikira ada berapa ekor sahaja. Namun begitu, seperti ikan Nyonya Assam Fish dan Nyonya Fried Chicken, rasa Dry Assam Prawn juga tidak kurang sedapnya. Udang yang dimasak adalah udang terpilih dan segar. terasa manis dan kenyal. Jadi sewaktu makan terlupa harga dan jumlahnya yang tak sampai berapa ekor itu disebabkan keenakannya.

French Fries ini Firdaus punya.

Pakis Belacan

Pakis Belacan ini pun sedap. Eh, semua masakan di sini sedap belaka. Tak ada yang tak sedap!

Bismillah.


Setelah nasi hampir habis, barulah sampai Golden Bitter Gourd ini ke meja.
Peria goreng telur masin ini masih panas. Kami ratah-ratah sahaja sehingga licin.


Semuanya berjumlah RM206.90 termasuk service charge 10%. Apa pun, akhirnya dapat juga merasa masakan baba nyonya. Memang benarlah, masakannya sedap dan kualitinya juga tip top!



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4753


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>