Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4752

Singgah Makan di Q Baik

$
0
0

Setelah selesai shopping dan Encik Suami hantar barang ke kereta, kita berdua dengan Firdaus mencari tempat makan. Kebetulan laluan kami melintasi Q Baik, restoran makanan timur tengah yang ada onion rings kesukaan Firaus. Masuk sahajalah ke situ. Sebenarnya perut kita masih terasa kenyang makan tengahari  di Tuk Tuk Tomyam.

Selain onion rings, Firdaus minta set ayam goreng 3 ketul. Bukan 2 ketul, tapi 3 ketul. Habis tak dia makan nanti ni? Bukan setakat ayam goreng sahaja tetapi didatangkan bersama sebiji roti, kentang goreng dan salad serta minuman coke.

3 PC Q Baik Chicken Set


Nampak macam sedap sangat budak ini makan onion rings. Hairan sungguh! Tak jemukah makan onion rings selalu?

Simpan video makan onion rings di sini untuk kenangannya.



Habis satu bekas onion rings, dia makan ayam goreng pula.


Kita yang tengok dia makan pun dah rasa kenyang!

Cara Firdaus makan memang menggoda selera yang melihatnya!


Eh, asyik tengok Firdaus makan sampai terlupa hidangan di depan mata!
Seperti biasa, malam itu kami minum Dam Chai Tea, dan diberikan pula segelas Suleimani Tea. Walaupun ada minuman coca cola dalam set ayam gorengnya tetapi Firdaus minta minuman mango peach.



Bukan hanya segelas besar kami dihidangkan Suleimani Tea, tapi kemudian dihantar lagi dua gelas kecil di atas meja. Apa tidak penuh perut, sudah minum Dam Chai Tea, sambung Suleimani Tea pulak!


Kita makan Basbousa, sejenis kek semolina.



Encik Suami pula makan Nasi Aran Lamb Umami.


Besar saiz lamb umami.



Encik Suami tak habis makan Umami Rich Lamb Curry, jadi kita tolonglah makan sedikit.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4752


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>