Hari Rabu, 2 Februari 2022. Awal pagi lagi kami sudah bersiap untuk sarapan pagi. Kata Encik Suami, selewat-lewatnya pukul 8 pagi sudah bergerak meninggalkan Kota Kinabalu. Lebih kurang pukul 7 pagi kami turun ke bawah, dan kelihatan tempat makan sudah mula dipenuhi orang ramai. Kami pun mencari tempat duduk sampai di bahagian hujung ruang makan.
Kelmarinnya, selepas daftar keluar dari Stanton Hotel kami sempat bervideo call dengan anak-anak. Fuad sempat bergurau, katanya nanti kalau dia akan taja kami menginap di Hotel Hilton Kota Kinabalu. In syaa Allah Fuad. Mudah-mudahan kami sentiasa sihat dan panjang umur sehingga tertunai hasrat Fuad itu. Belajar rajin-rajin. Tumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran kerana tahun ini merupakan tahun akhir Fuad belajar di UTHM.
Pemandangan Hotel Hilton dari lobby Holiday Inn Express. |
Kebetulan pula, tempat penginapan kami berhadapan dengan Hotel Hilton seperti yang Fuad maksudkan.
Wokey!
Jom sarapan pagi.
Jom sarapan pagi.
Macam-macam menu yang disediakan di sini. Amie tidaklah boleh penuhkan perut sebab selepas ini akan meneruskan perjalanan. Susahlah kalau perut meragam dan sebagainya. Ambillah sekadar alas perut saja.
Nampaknya Encik Suami makan macam-macam termasuk mi goreng dan nasi lemak.
Tak tahu apa yang Encik Suami pilihkan minuman untuk Firdaus. Nampak macam sedap jew budak ini menyudu ke mulutnya.
Apa yang sedang dikacau tu dik?
Mungkin coco crunch atau cornflakes.
Amie ambilkan Firdaus nasi lemak dengan sosej.
Kita ambil rebusan air longan kering dengan white fungus dan kurma merah.
Longan kering dengan white fungus dan kurma merah. |
Sarapan pagi kita, tomato, kentang, kacang panggang, telur hancur dan sosej.
Kita hirup sup jagung yang sedap!
Terakhir, kita ambil croissant dan pai epal. Pai epal itu sedap sangat! Encik Suami makan dua ketul. Kenapalah kita makan seketul jew? Ketika menulis entri ini teringat-ingatlah keenakan pai epal itu!