Mama Win Cafe yang terletak di Bandar Sri Perdana merupakan salah sebuah tempat makan kegemaran kami. Boleh dikatakan hampir setiap minggu kami makan di sana. Banyak hidangan yang sedap ada di sini. Amie memang sudah jatuh cinta dengan menu Laksa Nyonya Seafood. Walau ribut melanda, tetap juga hendak makan Laksa Nyonya Seafood kalau sudah sampai ke sini!
Petang tadi Amie pesan makanan dari Mama Win Cafe melalui khidmat Foodpanda. Sudah tentulah salah satu menunya makanan kegemaran Amie iaitu Laksa Nyonya Seafood. Perangai buruk Amie apabila makan, memang habis segala aksesori dan kuah tetapi mi kuning tinggal selonggok dalam mangkuk! Terpaksalah Encik Suami bantu 'bersihkan'!
![]() |
Laksa Nyonya Seafood |
![]() |
Sambal Meleleh Ikan Bolu |
Encik Suami makan Nasi Ikan Bolu Sambal Meleleh. Katanya, sedap sungguh sambal ikannya tu.
Firdaus pula berminat dengan Nasi Goreng Ayam Butter Basah. Dia minta milo ais blend. Kenyang sungguhlah Firdaus makan nasi goreng, di sebelahnya ada milo ais blend pula.
Ini cerita minggu lepas, makan di Mama Win Cafe.
Firdaus dengan kentang goreng dan sotong goreng salut tepung kegemarannya.
![]() |
Laksa Nyonya Seafood |
Kita tentap dengan Laksa Nyonya Seafood!
![]() |
Bihun Sup Ayam |
Encik Suami makan Bihun Sup Ayam.
Ini pula entah minggu lepas.... yang lepas lepas.... ahaks!
Firdaus masih setia dengan sotong goreng salut tepung!
Kita tukar selera nak makan Mi Kolok Seafood pula.
Encik Suami dengan menu pilihannya, nasi goreng ayam penyet.
Yang ini makan di Mama Win Cafe minggu yang lepas, yang lepas lepas, yang lepas lagi.
Tak ingat dah apa nama menu yang dipesan ini. Nampak macam Nasi Goreng Special Mama Win. Yang penting, setiap menu yang tidak berkuah akan didatangkan bersama semangkuk kecil sup kosong.
![]() |
Nasi Goreng Special Mama Win Cafe |
Dan sudah tentunya tidak ketinggalan Laksa Nyonya Seafood yang sangat sedap itu!
Kalau sesiapa singgah di Lahad Datu, bolehlah jamu selera di sini. Bukan Laksa Nyonya Seafood sahaja yang sedap, makanan yang lain pun sedap belaka.
Mama Win Cafe,
Lorong 2,
Sri Perdana,91100 Lahad Datu Town, Sabah.