Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi-pagi lagi sudah melawat taragon @ tarragon yang dibawa pulang dari Kundasang tiga minggu lepas. Bersama tarragon, kita bawa pulang juga pokok rosemary dan pokok selasih thai. Sayangnya rosemary umurnya tak panjang. Seperti biasa, rosemary mati sebagaimana riwayat hidup rosemary-rosemary sebelum ini. Selasih thai pula nampak hidup segan mati tak mahu. Jadi, kita harap tarragon dapat hidup subur.
Tarragon ialah sejenis herba wajib dalam masakan Perancis. Baunya seakan-akan sama dengan jintan manis. Boleh klik di sini untuk berkenalan lebih lanjut dengan tarragon: Kenali Khasiat Taragon.
Kalau tarragon sudah hidup subur, nanti nak cuba tambahkan dalam masakan. Setakat ini rasanya belum pernah makan atau masak gunakan herba tarragon.