Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4773

Selamat menempuh dunia baru di kampus UKM!

$
0
0
Alhamdulillah.... hari ini Farid sudah mendaftar sebagai pelajar UKM untuk sesi 2014/1015.Farid terbang seawal 27 Ogos, hari Rabu lepas. Balik ke kampung Nendanya, dan shopping-shopping dulu laa tu sebelum tiba hari pendaftaran!


Ini bukan gambar di hari pendaftaran, tapi gambar pada 29 Mei 2014 lalu di Universiti Malaysia Sabah. Ketika ini Farid menghadiri temuduga untuk permohonan biasiswanya. Esoknya barulah kami terbang ke Kuala Lumpur dan terus terbang lagi untuk menunaikan umrah di Makkah al- Mukarramah.


Ini gambar pemandangan pinggir laut. Amie ambil gambar ini ketika menunggu Farid 'bergelut' menjawab soalan oleh penemuduga biasiswanya. Ketika itu Amie hanya mampu berdoa dan membaca al-Quran sebagai tanda tawakkal kepada Allah ketika Farid berusaha sedayanya, andainya ada rezeki untuk Farid, Alhamdulillah.... syukur. Ya... beribu syukur kepada Allah, dengan limpah kurnia-Nya, Farid dapat biasiswa My Brain Science. Semoga pengajiannya akan berjalan lancar, dan mudah-mudahan Farid dapat mengikuti bidang pengajian Sains Kimia & Teknologi Makanan di Fakulti Sains & Teknologi di sana.


Farid bersama Firdaus 2 hari sebelum Farid terbang .... pandai dah dia terbang sendiri dari LDU - KK - KLIA.  Khabarnya shopping sampai 2 hari dengan mak-mak sedara & sepupunya di sana. Pagi tadi kakak Amie (mak sedara Farid) dan Nendanya yang hantar mendaftar di UKM. Nendanya kata, Farid tak bawa cadar! Masha Allah...Farid oooooh Farid!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4773

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>