Bismillahirrahmanirrahim.
30 Jun 2023 bersamaan pada hari Selasa.
Dari Tronoh kami beralih tempat ke Cameron Highland. Hanya bertiga sahaja bersama Encik Suami dan Firdaus. Kononnya mencari sejuk-sejuk, masuk ke Lavender Garden menemani Firdaus memetik strawberi. Seronok sangatlah Firdaus kerana kali ketiga datang ke Cameron Highland, baru kali ini berpeluang petik buah strawberi.
Firdaus dengan buah strawberi yang hendak dipetik. |
Pada mulanya hanya melihat buah strawberi yang masih muda. Nampak seperti tiada harapan untuk petik! Apabila bertanya di kaunter, rupanya ada strawberi yang masak terletak di bahagian belakang. Sekurang-kurangnya kena petik 200 gram buah strawberi dengan harga RM12. Kalau petik satu kilogram, harganya Rm60.00.
Kami sekadar hendak beri pengalaman manis untuk Firdaus merasai sendiri peti buah strawberi.
Kami sekadar hendak beri pengalaman manis untuk Firdaus merasai sendiri peti buah strawberi.
Memang seronok sungguhlah Firdaus dapat bakul dan gunting untuk petik strawberi. Laju jew dia bergerak dari satu pokok ke satu pokok yang lain untuk memilih dan memetik. |
Kami nampak beberapa biji strawberi yang kena gigit. Tak tahulah manusia mana yang gigit dari tangkai. Sudah diberi peringatan tidak boleh makan buah strawberi sewaktu memetik!
Abadikan gambar kenangan sewaktu Firdaus petik buah strawberi. |
Asyik senyum saja sewaktu memetik strawberi. |
Encik Suami pun tak lepas peluang! Tak dapat petik buah strawberi di Kundasang, baiklah petik di Cameron Highland! |
Tak henti-henti Firdaus ucapkan terima kasih kerana kami bawa ke sini. |
Strawberi yang dipetik terus ditimbang di kaunter.
Beratnya hampir 1/2 kilogram dengan harga RM29.00.
Hasil tuaian Firdaus dan Encik Suami. |
Belanja video Firdaus sedang memetik buah strawberi
di Lavender Garden Cameron Highland.