Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4773

Tak Dapat Makan Patin Tempoyak, Dapat Talapia Goreng Pun Jadilah!

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim.
Jauh jugalah kami menapak ke Restoran AyahMan Patin Pahang dari tempat letak kereta. Sampai di situ, tutuplah pula restorannya. Bergeraklah kami ke Food Court Kea Garden. Dapatlah Amie makan Nasi Talapia Penyet dan Encik Suami makan Nasi Ayam. Firdaus tak mahu makan. Kenyang katanya setelah makan ais krim dan ayam gunting.

Nasi Talapia Penyet

Tiramisu Cake & Vanilla Cake

Sementara menunggu ikan talapia digoreng, sempatlah ambil gambar dessert yang dibeli dalam perjalanan masuk ke food court tadi:
  • Tiramisu Cake
  • Oreo Vanilla Cake
Tiramisu Cake



Nasi Talapia Goreng tidak juga sampai ke meja!
 Mari kita tengok Firdaus makan ais krim nitrogen semasa jalan-jalan di Lavender Garden.


Suka betul Firdaus apabila keluar asap dari mulut dan hidung!

Video Firdaus sedang makan ais krim nitrogen.


Selepas makan aiskrim nitrogen, merengek pula minta ayam gunting!

Air Kelapa Laut.

Pucuk Labu Goreng Salut Tepung

Encik Suami : Nasi Ayam


Setelah Encik Suami selesai makan nasi ayam, masih juga belum sampai Nasi Talapia Penyet Amie. Rupanya tukang masak lupa dengan pesanan Amie. Maklumlah ketika itu ramai pelanggan yang memesan makanan di situ. Sabar sajalah!


Inilah Nasi Talapia Penyet!

Sempat juga merasa sesuap dua Oreo Vanilla Cake.
Sangat manis!



Cameron Highland ketika ini sangat sesak. Sesak di jalan raya dan sesak dengan orang ramai di mana-mana! Tapi apabila melihat warna-warni bunga-bungaan, hilang resah menghadapi segala kesesakan dan timbul rasa nyaman serta menenangkan!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4773

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>