Bismillahirrahmanirrahim.
Selain kedai makan mamak, jom kita cari makan di kedai makan Pakistan pula.
Biasanya kalau mesyuarat meleret sehingga ke petang, kami terus singgah cari alas perut di kedai makan Pakistan yang terletak tidak jauh dari sekolah, bersebelahan dengan gereja St. Dominic. Atau sekiranya sedang menunggu Firdaus balik dari sekolah, kami isi masa minum petang di sini juga.
Encik Suami memang akan cari Pakistani Chai @ Teh Pakistan.
Apa yang disukainya? Rasanya atau aromanya yang terbit dari campuran rempah-rempahan yang timbul dari buah pelaga, bunga cengkih, jintan manis dan kayu manis. Kadang-kadang ada pula terasa aroma halia yang agak kuat. Encik Suami sukakan halia!
Apa yang disukainya? Rasanya atau aromanya yang terbit dari campuran rempah-rempahan yang timbul dari buah pelaga, bunga cengkih, jintan manis dan kayu manis. Kadang-kadang ada pula terasa aroma halia yang agak kuat. Encik Suami sukakan halia!
Pakistani Chai @ Teh Pakistan |
Roti Paratha |
Tidak lengkaplah hanya minum Pakistani Chai sahaja tanpa makanan iringan yang lain. Kadang-kadang Encik Suami memesan roti nan, tetapi nampaknya Encik Suami lebih berminat dengan roti paratha.
Kari Kacang Tunggak |
Kita pula suka makan roti nan atau roti paratha dengan kari kacang kuda, kacang dal atau kacang tunggak.nKadang-kadang kita makan roti canai sahaja.
Roti Canai |
Ada pelbagai pilihan lauk untuk dinikmati bersama roti paratha dan roti nan seperti sayur kacang bendi, sayur kobis bunga, kari ayam, kari daging dan sebagainya. Selalu juga nampak pelanggan yang terdiri dari warga Pakistan menjamu selera di sini dengan menikmati roti nan dengan ikan goreng!
Satu hari nanti hendak cuba makan roti paratha atau roti nan dengan ikan goreng pula!
Kalau ada kari perut, memang kita akan minta sepiring kecil!
Kari Kacang Dal |
Roti Nan ini nampak seperti terletak di atas meja tanpa alas. Di bawahnya ada piring. Oleh kerana saiz roti nan melebihi saiz piring, jadi tak nampaklah piring di bawahnya.
Kebab Pakistan |
Roti Nan & Kebab Pakistan |
Nampaknya kenalah Amie belajar buat Pakistani Chai @ Teh Pakistan di rumah sendiri. Kalau kami ke kampung Encik Suami, biras Amie memang selalu hidangkan Pakistani Chai.
Selalu belikan Firdaus susu segar, tapi tak pernah cuba untuk buat Pakistani Chai. Esok lusa kalau rajin hendak cuba buat. Mana tahu menjadi, dan sedap pula!