Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4750

Buah Avokado dan Khasiatnya

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim.
Sekarang ini banyak buah avokado tempatan dijual di LD. Biasanya buah avokado yang dijual di pasar raya datangnya dari luar negara dan sudah tentu harga kayangan. Kita hanya mampu kelip-kelip mata melihat harganya, sambil berfikir 11 kali samada hendak beli atau sebaliknya.

Apabila tiba musimnya, banyaklah buah avokado dijual di gerai-gerai buah di tepi jalan dengan harga RM18.00 sekilogram. Beli tiga biji sudah mencecah berat sekilogram. Kita paling suka campurkan isi avocado cincang dengan ais krim vanilla. Sedap! Kalau sudah masuk mulut satu sudu, memang susah hendak berhenti.

Buah Avokado

Orang kita panggil buah avokado. Ejaan orang putih avocado. Di negara jiran kita, Indonesia memanggilnya dengan nama alpukat. Kalau di Sepanyol buah ini disebut aguacate. Di Mexico dan Smerika Tengah pun sebut aguacate juga. Dalam bahasa Belanda avokado bermakna advocaat.

Dengarnya ada yang panggil buah avocado dengan nama buah tempurung!
Ini merujuk kepada buahnya yang berwarna perang gelap ketika matang serta berkulit kesat dan keras seakan-akan rupa tempurung.

Buah Avokado

Buah yang mengandungi biji tunggal bersaiz besar dengan isi yang lemak lembut apabila cukup masak ini berasal dari Mesoamerika meliputi tengah negara Mexico dan Guatemala. Ia tersebar luas sehingga ke kawasan beriklim Mediterranean di seluruh dunia, dan tidak ke tinggalan di kawasan tropika seperti di Nusantara (Kepulauan Melayu).

Buah Avocado


Khasiat Buah Avocado 
Sumber
WIKIPEDIA

Avokado ialah sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium, sodium, potasium, vitamin A dan C, dan niasin.

Sebiji avokado dipercayai mengandungi kira-kira 300 kalori, dengan 88% daripadanya terdiri daripada lemak. Ia bertindak dengan berkesan sebagai pelincir semula jadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul dan lutut sekali gus dapat menghindarkan penyakit sengal-sengal tulang. Di samping itu, amalan memakan buah ini setiap hari boleh menurunkan paras kolestrol di samping mengekalkan paras lipoprotein iaitu sejenis kolestrol yang baik yang bertindak melindungi seseorang itu daripada diserang sakit jantung.

Isi avokado yang kaya dengan vitamin A, minyak dan riboflavin amat berkesan untuk memulihkan kesegaran dan kelicinan kulit serta mengatasi masalah kulit kering.

Ada nama lain avokado selain yang disebutkan di atas?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4750


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>