Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4759

Sarang Art Hub Tanjung Malim Buka 3:30 Petang-11:00 Malam

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim.
Fuad ajak kami singgah di Sarang Art Hub di Tanjung Malim. Katanya, makanan di sana sedap. Ada Restoran Mamat Khalid dan alat-alat yang digunakan untuk pembikinan filem-filem.  Rasanya Mamat Khalid ini seorang pengarah filem dan sudah meninggal dunia pada Oktober 2021. Kita pun tak tahu ada tempat pembikinan filemnya di Tanjung Malim. Semua info ini kita dapat dari Fuad yang gigih bercerita sepanjang jalan. Tak tahulah kesahihannya. Kalau tak sahih memang Fuadlah punya pasal.

Sampai di Sarang Art Hub, Fuad terkejut kerana tempatnya sunyi. Tak ada orang pun!

Sarang Art Hun buka 3:30 petang hingga 11:00 malam.


Kita sesajalah ambil gambar-gambar di situ.
Bagi peminat filem arahan Allahyarham Mamat Khalis tentu seronok sangat dapat sampat ke sini. Ada Warung Pak Jabit. Ada papan tanda Kampung Pisang. Agaknya di sinilah tempat lakonan drama Kampung Pisang Bersiri-Siri diadakan!



Warung Pak Jabit






Fuad masih tertanya-tanya kenapa keadaan di sini sunyi sepi?




Betul sunyi dan sepi!


Apabila Amie melihat waktu di HP, rupanya baru pukul 1:30 petang!
Sarang Art Hub dibuka pukul 3:30 petang.
Huurrmmm... teringat zaman kanak-kanak dulu kalau sampai ke satu tempat tapi tak dapat masuk, kami sebut : Kecelik mata itik!

Iya kan! Rupanya buka jam 3:30 petanglah pulak, ujar Fuad sambil tersengih-sengih.
Tak dapatlah kita makan di sini, sambungnya lagi.

Aik? laparkah sudah?


Akhirnya kami putuskan untuk meneruskan perjalanan ke Bukit Fraser.


Kita tertidur sepanjang perjalanan. Hujan turun renyai-renyai. Bertambahlah lena kita beradu. Sampai di sebuah jambatan, Fairuz kejutkan kita. Katanya, Mommy kan suka tengok air sungai jernih. 


Entah apa nama sungai ini. Kita terbaca di papan tanda tetapi tidak buat catatan atau ambil gambar. Lupalah pula nama sungai berair jernih ini! Warna biru kehijauan memang sama dengan warna Sungai Neretva di Bosnia Herzegovina!


Fairuz pun turun dari kereta untuk bergambar berlatarbelakangkan sungai berair jernih ini.

Kami semakin menghampiri Fraser's Hill.


Tiba-tiba kereta di hadapan tidak bergerak-gerak. 
Kereta yang turun dari arah hadapan pun tidak kelihatan.
Hujan terus turun tapi renyai-renyai.
Encik Suami, Fuad dan Fairuz turun dari kereta.
Rupanya ada pokok tumbang.



Kami berbelah bahagi samada hendak teruskan perjalanan atau patah balik.
Hanya lebih kurang 13 kilometer untuk sampai ke destinasi.
Berapa lama hendak menunggu?
Telefon pun tidak boleh berfungsi sepenuhnya, sekejap ada line sekejap hilang.
Tiada pula peronda lalu di situ. Kiri kanan hutan!
Sekarang hanya mengharapkan tenaga para pemandu kenderaan yang melalui kawasan itu. Harapnya adalah seorang dua yang bawa gergaji atau parang untuk memotong batang kayu hutan yang tumbang melintang!


Lebih kurang setengah jam kemudian, selesailah usahasama mengalihkan kayu tumbang ke tepi jalan. Berkat kerjasama, akhirnya masalah dapat diatasi dan masing-masing dapat menarik nafas lega.

Batang kayu tumbang diikat dengan tali dan ditarik ke tepi menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Alhamdulillah! Alhamdulillah!


Sebelum itu memang berasa risau sangat kalau terlalu lama berada di sini. Teringat pula jemputan makan malam oleh besan kami di Gombak pada pukul lapan malam. Mudah-mudahan tiada aral melintang untuk memenuhi undangan tersebut.

Fairuz terus memandu melintasi selekoh demi selekoh ke Bukit Fraser. Hujan terus mencurah-curah sepanjang perjalanan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4759

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>