Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4763

Makan Petang di Restoran Cattelya (Puncak Inn) Bukit Fraser

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah menempuh jalan penuh selekoh, berhadapan dengan peristiwa pokok hutan tumbang di tengah jalan dan hujan sepanjang pemanduan, sampailah kami ke Bukit Fraser pada pukul empat petang. Cadangnya hendak bermalam di sini, tetapi dua hari lepas Abang Farid beritahu bapa mentuanya jemput kami makan malam di Gombak. Sepanjang kami berada di Malaya kami tidak dapat mengunjungi keluarganya kerana Aseeyah sedang kuarantin akibat Covid-19. Sekarang Aseeyah sudah kembali sihat. Jadi, kami meminta Abang Farid tempah homestay yang berhampiran dengan tempat tinggal keluarga Aseeyah di Gombak untk memudahkan kami memenuhi undangan mentuanya.

Dalam keadaan hujan renyai, Fuad ajak kami minum petang di Restoran Cattelya (Puncak Inn) Bukit Fraser. Walaupun setakat minum petang tetapi makanan yang dipilih boleh membuatkan perut menjadi kenyang! 

Minum petang di Restoran Cattelya (Puncak Inn).

Anak-anak teruja hendak bermalam di sini. In syaa Allah ada rezeki di lain waktu kita datang lagi ke Bukit Fraser dan mencari penginapan di kawasan ini.

Ambil aura daftar masuk  'Puncak Inn'.
Mana tahu, satu hari nanti betul-betul menginap di sini.


Kita daftar masuk Restoran Cattleya sajalah.


Gambar Sirap Bandung ini nampak sedap betul!
Tapi dalam keadaan sejuk dan hujan pula, eloklah cari minuman panas.


Suasana di dalam Restoran Cattelya.


Pada mulanya kami memilih untuk duduk di bahagian dalam tetapi kemudian berubah fikiran dan duduk di bahagian luar. Di luar boleh makan dan minum sambil melihat pemandangan. Walaupun hujan tapi tidak kena tempiasnya kerana tempat duduk di luar berbumbung.



Minuman yang dipesan:
  • Teh O Halia
  • Teh Tarik
  • White Coffee
  • Air Panas
  • Air Suam


Firdaus : Onion Ring


Onion Ring RM12.00

Amie : Fish & Chip

Fish & Chips RM22..00

Encik Suami : Bihun Singapore RM12.00

Fuad : Mix Western RM50.00

Fairuz : Rib Eye Steak RM32


Fuad dan Fairuz asyik nak makan kambing dan lembu saja, padahal sudah berBBQ kambing dan sarapan kambing. Sampai sini dicari juga kambing dan tambah lembu... ahaks! Mix Western itu ada kambing, lembu dan ayam serta ikan.

Harga makanan di sini tidaklah murah dan tidaklah terlalu mahal memandangkan kedudukannya sebagai tempat peranginan yang jauh dari kota. Kesemuanya berjumlah RM153.00.

Jom makan!

Bismillah.

Dalam banyak-banyak makanan yang ada di depan mata, Bihun Singapore Encik Suami juga yang menjadi 'mangsa' garfu kami! Sedaplah pulak makan bihun goreng di tengah hujan renyai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4763

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>