Bismillahirrahmanirrahim.
Suhu sejuk di Bukit Fraser sekitar 17'-24' Celcius. Bukit Fraser terletak di dalam Mukim Tras di Daerah raub, Pahang. Walaupun kami memiliki tanah di Raub dan pernah berulang-alik dari Selangor ke Pahang tetapi kami tidak pernah singgah di sini.
Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser. Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau tetapi tidak begitu jelas termasuk beliau sebagai pengeluar dadah candu dan perjudian di antara para pelombong di Pahang.
Sumber:Bukit Fraser
Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah diperbuat dari batu konkrit besar yang disusun dan disimenkan. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga. Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta. Tiada bas naik ke Bukit Fraser kerana jalan rayanya sempit, dan banyak selekoh berbahaya serta curam. Di sepanjang jalan, banyak tanah runtuh yang ditutup dengan kain plastik berbelang atau sedang diperbaiki. Kini bas boleh sampai ke puncak kerana jalan naik dan turun berasingan. Tiada lagi jadual untuk naik dan turun seperti dahulu.
Selamat Datang ke Bukit Fraser |
Kabus nipis menyelimuti persekitaran Puncak Inn Fraser's Hill. |
Sempat bergambar di Menara Jam Bukit Fraser.
Bird Interpretive Centre Fraser's Hill |
Pejabat Pos Malaysia |
Terserempak dengan sekeluarga India membawa monyet dalam kereta! |
Hujan! Basah! Sejuk! |
Jomlah kita balik.
Alhamdulillah.
Dapat juga cuci mata walaupun hanya seketika berada di atas Banjaran Titiwangsa.
In syaa Allah, akan datang lagi. Kali ini hanya tengok-tengok saja suasana di Bukit Fraser.
Lain kali kalau bermalam di sini, boleh susun aktiviti melawat beberapa tempat menarik di sini seperti:
- Banglo Glen - Little England of Malaysia
- Allen's Water
- Taman Flora Bukit Fraser
- Restoran Strawberi Mimi