Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4766

Mencari Falafel & Arabic Mint Tea Hot di Mashawi 2 Tanjung Aru

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim.
Biasanya kami makan malam sebelum maghrib tetapi untuk memenuhi permintaan Fairuz, kami ikut sajalah ke Tanjung Aru, mencari makan di Restoran Mashawi 2. Dalam kepala memang hanya ingin makan yang agak ringan dan minum panas sahaja. Harap-harap adalah falafel dan mushrom soup dengan garlic bread.

Kelmarin makan berenam di KLIA 2, hari ini makan berempat di Mashawi & Grill Tanjung Aru.


Makanan yang dipesan:
  • Chicken Mashawi
  • Lamb Stew
  • Turkish Pide Pizza
  • Chicken Wrap set
  • Falafel
  • Mushroom Soup
  • Arabic Mint Tea Hot (Jug)
Harga Keseluruhan - RM103.40 sen.

Amie - Mushroom Soup - RM7.90
Falafel with Tahini - RM9.90


Mushroom Soup & Garlic Bread


Fairuz - Chicken Mashawi RM16.90

Fairuz - Lamb Stew RM13.90



Nampaknya hanya Fairuz seorang yang makan nasi malam itu.

Encik Suami - Turkish Pide Pizza (Mix : Lamb & Beef) RM24.90

Oleh kerana saiz pizza ini panjang, biasanya dihidangkan dengan meletakkan sepotong di sebelahnya seperti gambar di bawa. Kali ini diubah cara pula, dengan mengambil potongan kedua-dua hujung pizza dan dirapatkan menjadi bentuk hati.




Firdaus - Chicken Wrap Set


Chicken Wrap Set - RM15.90

Terakhir kami makan di sini kalau tak silap pada April 2023. Namun semua harga makanan masih sama seperti dulu. Tidak naik! 

Alhamdulillah.
Dapat makan falafel, cecah garlic bread dengan mushroom sup, dapat hirup beberapa cawan teh arab panas dan bantu Encik Suami habiskan Turkish Pide Pizzanya!

Malam itu badan berpeluh-peluh akibat minum 2-3 cawan Arabic Mint Tea Hot!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4766

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>