Bismillahirrahmanirrahim.
31 Disember 2023 bersamaan hari Ahad. Penghujung tahun 2023. Kami bersiap-siap untuk daftar keluar Oceania Hotel. Fairuz datang untuk mengambil kami, dan terus menuju ke Kota Kinabalu Airport. Penerbangan kami ke LD dijadualkan pada pukul 2:00 petang dengan menaiki pesawat MASWings.
Beberapa kali juga Abang Aznan telefon Encik Suami, bertanya kenapa paman tidak mahu datang ke rumahnya? Bukan tidak mahu datang bang, kami kesuntukan masa. Begitulah jawapan Encik Suami. Maklumlah, perjalanan jauh menuntut tenaga kami yang sudah dalam kategori bukan muda. Lain kali paman datang rumah abang, begitulah janji Encik Suami. Sehingga ke hari ini setiap kali telefon Encik Suami, Abang Aznan sentiasa mengingatkan supaya Encik Suami datang ke Kota Kinabalu waktu cuti sekolah nanti.
Jam menunjukkan angka 11:30 pagi. Pada mulanya Fairuz hendak bawa kami makan sup ikan lagi, tetapi di restoran yang berlainan. Sayangnya restoran tersebut tutup. Fairuz kata, biasanya kalau restoran tutup bermaksud tiada bekalan ikan segar. Menurut Fairuz, di penghujung tahun memang tidak banyak ikan yang dibekalkan kerana ombak besar, dan kapal tidak banyak yang turun ke laut.
Fairuz melencong menuju ke Jalan Asia City dan membawa kami makan di Borenos Fried Chicken yang terletak di:
Lot G23,
Kompleks Asia City,
Jalan Asia City,
88000 Kota Kinabalu, Sabah.
Kompleks Asia City,
Jalan Asia City,
88000 Kota Kinabalu, Sabah.
Full Spring Chicken Meal Kami memesan:
|
Bahagian luar tempat makan Borenos Fried Chicken Sumber - Google |
Tempat makan juga tersedia di bahagian dalam restoran. Ruangannya agak luas. Borenos Fried Chicken mempunyai sijil halal. Yang rindu-rinduan hendak makan KFC bolehlah tukar selera ke BFC pula ....ahaks!
Borenos mengambil idea daripada dua nama iaitu Borneo dan Sabah. Maka muncullah perkataan BORENOS. Apa yang menarik di sini sudah tentulah penyediaan makanan dari sekecil nugget sehingga sebesar seekor ayam!
Selain Borenos Fried Chicken Asia City, terdapat dua lagi cawangannya di:
- Borenos Papar, Plaza 22, Kampung Sapat Papar
- Borenos Alamesra, Jalan Sulaman, Kuala Menggatal
Sumber - Google |
Minuman panas setelah ditambah gula dan creamer. |
Ayam goreng nan seekor ini didatangkan bersama coleslow, fries dan segelas soft drink. |
Saiz ayam goreng seekor ini tidaklah besar sangat. Bolehlah kami berempat habiskan. |
Kulitnya nampak garing. Sedap! |
Bismillah. |
MASwings : Kota Kinabalu- Lahad Datu |
Tepat pukul 12:00 tengah hari, kami sudah berada di Kota Kinabalu Airport. Setelah daftar masuk bagasi kami terus ke ruang menunggu, dan solat jamak di surau. MASwings menepati masa : Terbang pukul 2:00 petang dan mendarat di Lahad Datu tepat 2:55 minit petang.
Dengan ini berakhirlah catatan perjalanan Lahad Datu - Kota Kinabalu - Kuala Lumpur - Selangor - Perak - Johor - Negeri Sembilan - Kedah - Penang selama lebih kurang dua minggu bermula 16 Disember sehingga 31 Disember 2023. Berapa hari? Lebih kurang 16 hari rupanya.